Ketupat burung
Ketupat burung

Ketupat burung

Ketupat burung biasanya dianyam dengan menggunakan sehelai daun kelapa yang dibelah dua dengan membuang lidinya. Anyaman ketupat ini membentuk seekor burung yang lengkap dengan paruh, kepak dan ekor. Walaupun boleh digunakan untuk memasak, ia biasanya tidak digunakan untuk tujuan tersebut, sebaliknya ia digunakan di dalam upacara sewang iaitu satu upacara perbomohan orang asli.